Monday, 14 November 2011

Harapan ku

Tiada yang lebih gembira bagi seorang ibu selain melihat anak-anaknya sihat, berjaya dengan cemerlang, bercirikan sifat-sifat anak soleh dan solehah serta gembira selalu. 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, usahanya selama ini tidak sia-sia. Putri sulung ku mendapat anugerah BINTANG BITARA bagi Tingkatan 1 dan semoga dia sentiasa mendapat kejayaan yang cemerlang di hari-hari mendatang serta menjadi anak yang solehah.

Putri ketiga ku pula menerima anugerah cemerlang di atas kejayaanya mendapat tempat ketiga dan terbaik di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia - Penulisan. Kejayaan pertama baginya membuatkan dia begitu gembira dan boleh menarik nafas lega.

Sesungguhnya kejayaan-kejayaan putri-putri ku ini pastinya menjadi pencetus semangat mereka meningkatkan usaha demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang seterusnya. 

Walau bagaimanapun, putera ku tidak sehebat adinda dan kekandanya, namun tamparan ini diharapkan akan dijadikan satu cabaran untuk dia berusaha dan mengurangkan masa bermain...

Buat semua anak-anak ku, semoga mendapat kejayaan cemerlang di dunia dan di akhirat.     

Tuesday, 11 October 2011

Thank You Note


Many thanks to Dr Tami for giving us this assignment and making me addicted being a blogger.

Thanks with love to my beloved princess Aina for assisting me and making this blog a reality.

Many thanks to my lovely "sister" Ema for sharing and allowing me to publish part of her "Kitar Semula" presentation.

Thanks to all.

Monday, 10 October 2011

THINK GREEN & GO GREEN


 
Amalan kitar semula
Jika kita tidak kitar semula, kita akan membazirkan segala sumber yang berharga.. tetapi apabila kita kitar semula, hasilnya sungguh menakjubkan.


DEFINISI KITAR SEMULA
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan Barangan yang baru.

Kitar semula membantu:
q mengurangkan bahan buangan
q mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
q mengurangkan penggunaan tenaga,
q mengurangkan pencemaran
di bandingkan daripada menghasilkan barangan baru
daripada bahan mentah.
 

Mengamalkan tiga perkara iaitu pengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula tidaklah susahMulakan dengan bertanya diri sendiri samaada anda benar-benar memerlukan sebelum membelinyaBanyak bahan buangan tanpa kita sedari boleh dipanjangkan penggunaannya dengan mengitar semulaIngatlah, fikir dulu sebelum buang.


Favourite Honey Cornflakes Cookies

Fresh Homemade Honey Cornflakes Cookies 
Ramadhan 1432H just left us.. but the memories preparing and baking the Honey Cornflakes cookies together with all my kids are still fresh in mind. We had fun baking the cookies together despite small quarrels among the siblings. It was the favourite cookies for the last Syawal 1432H. Alhamdulillah.